abang,sekiranya i kehabisan wang kelak, abang jangan lah marah i kalau i ambil duit abang dari dompet secara tak sengaja. kalau abang tak mahu wang dirembat, abang jangan lupa tinggalkan kad kredit abang di poket depan belah kiri seluar abang ya. bukan apa, ini untuk kebahagiaan kita bersama juga. kalau i gembira setelah membeli belah, abang pun mesti gembira. bukankah cinta itu adalah untuk membuatkan pasangan mu berasa gembira? terima kasih kerana memahami abang.
selain itu abang,maaf i dahulukan sekiranya i akan membelasah teruk wanita wanita gampang yang cuba merampas abang dari i. abang bukan tak tahu, cinta i yang paling jujur buat abang. wanita lain tu semuanya nak ambil kesempatan untuk popular dengan cepat. i taknak kegemilangan, i taknak jadi terkenal, i hanya nak duit abang untuk kegembiraan kita bersama bang. abang setuju dengan tindakan tindakan i di masa hadapan kan?
i janji abang, i akan sentiasa jadi isteri yang baik dan tahu menggembirakan hati abang. i tak minta banyak sebagai ganjaran, cukuplah kalau abang membalas jasa i dengan menyudikan diri untuk menjaga anak di malam malam i ingin keluar berpesta bersama teman teman dan skandal i. takkan sukar sangat untuk abang tunaikan ganjaran yang tak seberapa ini setelah i penat lelah menjadi isteri yang boleh menggembirakan? (abang kan pandai jaga anak. i gelilah nak salin lampin anak tu, tak ada daya ketahanan melihat najis lah bang.)
ok lah abang, i rasa cukup setakat ni dulu nukilan i buat abang. i harus pantas kerana ada jualan hebat di gedung membeli belah. jangan risau i tak ambil duit abang atau kad kredit abang hari ni. i dah buat kad kredit baru tanpa limit belanja. nanti abang pandai pandailah bayar hujung bulan ya!
sayang abang, muah muah!

No comments:
Post a Comment